Friday, April 24, 2009

Tragedi Semalam

Salam.

Semalam, dalam pukul 7.30, pintu ofis diketuk oleh seorang hamba Allah. Dia minta tolong sbb motornya eksiden dan dia tak tau ke mana dan macam mana nak buat. Aku bagi rm15 je sebab tu je duit pecah yang aku ada.

Tragedi ini berlaku selepas aku nak masuk balik e dalam ofis, pintu kaca tak boleh dibuka. Sewaktu keluar untuk jumpa mamat tu, aku dah scan in untuk masuk semula, tapi akibat terlalai, pintu yg terbuka tu kembali tertutup. Jadi untuk masuk semula, perlu ada seseorg dari dalam pejabat, scan card dari dalam untuk pintu di buka.

Jadi terkial-kial aku diluar. Hand phone dan kunci kereta ada di dalam ofis. Jadi jalan penyelesaian ialah, aku naik teksi, balik rumah mertua jumpa Dearest, call kawan ofis minta dia datang dan bukakan pintu.

Semuanya selesai bila kawan tu datang dan bukakan pintu. Aku balik sambil berfikir, syukurlah Allah berikan pengalaman dan pengajaran hari itu untuk diriku.

No comments:

Post a Comment

Thank you for viewing, Terima kasih atas tatapan anda