Saturday, April 4, 2009

My Vermicompost Project/ Projek Vermikompost Saya

Vermicompost, For Better Earth


Salam.



Setelah berjuang selama hampir 2 tahun dalam bidang vermiculture atau dengan bahasa kasarnya pengkulturan cacing, aku dah berjaya melepasi tahap seterusnya iaitu menjalankan aktiviti pembiakan vermi dan penghasilan baja secara separa kormersil.

Ribuan terima kasih kepada sekalian yang telah terlibat. Ibu bapa aku yang merupakan orang yang pertama mendedahkan aku bahawa cacing boleh diternak, 'girl friend' aku, Zaza yang sentiasa memberikan semangat dan sokongan, Leenda Ampang yang sudi menjual sekilo cacing untuk aku eksperimen, Capt. Zaman yg menjadi sifu untuk aku mendalami teknik dan memberikan aku berbagai idea untuk maju ke arah ini, adik2 dan rakan seperjuangan yang turut serta membantu secara langsung dan tidak langsung dan kepada agensi MOA, Jabatan Pertanian yang memberikan surat sokongan untuk kami menjalankan aktiviti2 yang berkaitan dengan vermikompos.

Bermula dari bulan November 2007, aku telah diberitahu kepada org tuaku tentang kewujudan baja dari cacing. aku ketawa berdekah-dekah2 kerana tak percaya dan terus browse internet pada mlm itu jugak. Terkejut aku rupa2nya dah lama dah vermikompos di dijalankan di serata dunia.Pada Disember 2007, aku telah membeli 1 kilo cacing dari Leenda Ampang , kawan yang aku kenal di satu forum internet. semenjak dari situ, hidup aku dah semakin berubah, semakin kuat memikirkan pasal vermikompos dan visi dan misi aku berkenaan vermikompost. Niat aku yang sememangnya seorang pencinta keindahan alam dan keseimbangan alam sekitar ialah, untuk mewujudkan kesedaran awam tentang menjaga kebersihan dengan mengitar semula sisa buangan organik kepada baja organik yang 'power'.



Pada 1 Mac 2008, aku mengikuti kursus pembiakan dan penghasilan baja dari cacing oleh Capt. Zaman. Pada mulanya , aku mmg anti dengan geng2 yang bagi ceremah ni, hahaha, tapi last2 join jugak sbb penceramah ni mmg otai beb! Bermula dari perkongsian pengalaman dan pengetahuan dari Capt, secara perlahan2 aku memulakan projek vermikompos.Tak sangka, dalam bulan Mei 2008, pensyarah aku dan boss aku sendiri telah join venture untuk membeli 20 kilogram cacing. lokasi penternakan kami yang pertama ialah di rumah kedai aku yang aku jadikan bilik2 sewa di Sri Muda Shah Alam.

Hinggalah pada hari ni, April 2009, aku telah berjaya menyiapkan sebuah Mini Worm Farm di Desa Pahlawan, Kpg Pandan. Esok, 4hb April, proses pemindahan cacing2, stok baja dan peralatan dari Sri Muda akan dibuat. Aku berdebar2 dan tak sabar nak menunggu penghasilan produk baja yang pertama dari Kebun Mini Cacing Desa Pahlawan ini.Berikut adalah gambar tapak kebun cacing semasa diperingkat 80% siap. sorry la akalu gambar kabur sbb handphone Cokia zaman jepun menjajah je...(handphone ni bapak aku bagi beb...aku akan guna tanda aku sayang kat bapak aku)
Kerja-kerja kayu buat tanggam hasil seni perkayuan aku



Palong-palong cacing yang 80% siap

2 comments:

  1. secara total brp abang pnya modal..mesti tempat berbumbung ke, aramzi46@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. modal bina bumbung tu dlm 2K je sbb pakai besi2 terpakai n bumbung terpakai. pembinaan bata n konkrit dlm 2K. Modal kasar dlm RM5K ja.

    ReplyDelete

Thank you for viewing, Terima kasih atas tatapan anda