Wednesday, April 1, 2009

Seorang Tua Di Rumah Usang

Chop Rasmi Rasulullah S.A.W
Salam.


Aku tak sangka, bermula dari projek vermikompos aku di Desa Pahlawan semenjak bulan November 2008, baru malam ni aku dan orang tua tu berkongsi pengetahuan sedalam ini.Kejadian semasa kenduri anak Abg Halim tempoh hari masih segar dan tak dapat aku nak lupakan. Orang tua tuan tanah tu pernah halau dan marah aku dek kerja2 yang tertangguh selama 2 minggu dan menyemakkan tanah halaman rumah dia.


Namun, dengan sedikit kesabaran dan sedikit pengorbanan wang, tenaga dan akal, aku berjaya pulihkan kembali hubungan aku dan orang tua tu dan keada jadi reda semula dan syukur alhamdullillah, projek aku semakin maju hingga ke malam ini. Makhluk2 ternakan aku akan dipindahkan dari Shah Alam ke Desa Pahlawan dalam minggu ni juga lega.Malam ni, ada sedikit keganjilan yang dapat aku kesan dari pe'el org tua tu.


Bermula dengan cerita2 politik sampai ke bab tasawuf aku dihidangkan oleh orang tua itu. Dari bab ekonomi dan pertanian sehinggalah ke bab sejarah tanah air dan merdeka. Aku sebenarnya malas dah untuk melayan berbual2 dalam dengan orang tua tu semenjak peristiwa kenduri tempoh hari.Malam ini orang tua tu membuatkan aku terfikir panjang. Aku teringatkan kembali kepada orang2 tua yang pernah menjadi cikguku sebelum ini.Aku teringatkan pesanan seorang lagi orang tua berpangkat nenek saudara dengan aku supaya aku perlu cari orang yang pandai Al Quran dan jalan hidup berlandaskan pegangan tauhid yg berasaskan ajaran nyata dari sunnah dan Al Quran.


Tak sangka orang tua di rumah usang itu adalah orangnya. Patut ramai abg2 dan ayah2 lama di KL ni segan padanya. Patutlah Abg Halim pun selalu berpesan supaya rapat dan jaga dia baik2.Malam tadi, tengah2 bekerja membuat kerja2 kayu untuk memasang jaring di palong cacing, tiba2 dia ajak aku berbual di dalam rumah. Agar berat aku nak melayan, tapi perlahan2 isi perbualan malam itu menarik minatku.Akhirnya dari sesudah berita perdana, dari sebatang ke sebatang rokok yang kami sedut, sedar2 dah pukul dua kami bersembang. Ada semacam perasaan antara kami berdua.


Perasaan syukur, insaf, lapang dan bersemangat, yang bercampur baur.Pendek kata kehadiran akau malam ini adalah ditakdirkan dan perjalanan hidup aku kali ini lebih berubah, lebih menarik dari berkunjung ke rumah arwah ayah di Kota Kuala Muda untuk menerima nasihat, lebih menarik dari pergi ke rumah ayah Lah di Bayan Lepas mengupas kandungan ABJAD, lebih menarik dari sembang hakikat dengan arwah Mat Jambul Pandamaran, kerana mlm ini, aku baru mula mengenal kandungan Al Quran yang selama ini semakin aku lalai.


Padahal dulu, pembacaan sewaktu zaman kanak-kanak tentang kisah2 dari al-quranlah menyebabkan aku begitu minat membaca untuk meneliti dan mencari kisah-kisah pengajaran di dunia untuk panduan kehidupan.Angin dinihari kali ini terasa syahdu, berhembus bersama lambaian tangan kami sewaktu aku pulang dari rumah usang orang tua itu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for viewing, Terima kasih atas tatapan anda