Amacam, gempak tak tajuk posting aku kali ni. Bukannya apa, kat KL ni ada jugak 2,3 pihak yg buat gak projek ni, tapi hanya utk memberi kursus ringkas kepada orang ramai. Aku tak nak la nak sebut nama2 diorang ni atas sebab-sebab tertentu..heheheheh. Aku tak kisah la korang nak buat projek cacing ke, bagi kursus ke hapa ke? tapi kalau dah hampir tiap2 malam peserta2 kursus korang nak telefon aku berkali2, untuk dapat pengetahuan lebih, itu dah melampau la. Korang dapat untung, aku plak kena layan korang punya peserta. Korang dapat untung, aku penant melayan sampai aku tukar no h/p.
Tengah hari tadi waktu makan tengah hari, saya sempat lari kejap ke Lonely Daddy Worm Farm. Nama tapak cacing ni sengaja saya letakkan begitu sebab nak mengambil hati Ayahnda Pak Sheikh Kpg Pandan tu je..hehehehe.
Tujuan utama aku ke sana tengah hari tu ialah untuk menghantar 20 beng simen lagi untuk kerja-kerj pengindahan dan kekemasan tapak cacing Desa Pahlawan. Bila sampai saja di situ, hati terus berdebar2. sebaik tarik hand brake keta dan bkak pintu, terus saya terpa ke palong cacing2. Terdapat satu palong yang tidak berpenutup jaring (kerana habis stok jaring).bila diselak, Alhamdulillah, pujian kepada Allah, cacing2 dah semakin besar, aktif dan semakin sihat.
Lega dan lapang skit hati ini. Boleh la buat pengubat duka setelah banyak masa, tenaga dan paling penting wang ringgit yang menjadi modal termasuk wang rakan-rakan kongsi yang sabar,setia dan percaya kepada saya. Mereka yang dimaksudkan ialah adik adik aku termasuk Coi & Apit, Jamil Sensei, Mr Zaki (boss aku tu beb!), Boboy (adik ipar), Hana (member opis) dan Haris @Penyu (member USM lulusan IT). Tanpa sokongan hangpa, maybe aku kesorgan la tanggung semua. Kodal setakat ni yang telah dikeluarkan, secara kasarnya dah menghampiri RM30,000.00 jee.Ni lah gambar2 sepanjang waktu aku di sana tadi .
cacing tgh kawin
baja dan makanan sebelah menyebelah
Penutup Berjaring aku yang buat sendiri beb
palong-palong yang terisi cacing baka sihat dan baik2..BUATAN MALAYSIA, 100% BEBAS PRODUK ISRAEL
OK, setakat ni je dulu...salam.
Syabas...selamat maju jaya
ReplyDelete