█ Ramai orang yang dipanggil INTELEK terbukti mereka tidak semestinya mahir berfikir.Mereka cuma pandai berfikir untuk tujuan membuktikan pendapatnya betul manakala pendapat orang lain salah.Tetapi,apabila mereka berjaya membuktikan orang lain salah,itu bukan bererti mereka betul.Mereka pandai MENGKRITIK orang lain,mencari-cari kesilapan dan kekurangan idea orang lain tetapi mereka sendiri tidak mahir menerbitkan idea-idea yang lebih baik.
█ Kita boleh menjadi orang yang mahir berfikir tanpa menjadi seorang intelek.Orang yang mahir berfikir ialah orang yang pandai melihat perkara yang sama dengan menggunakan sudut-sudut pandangan yang berbeza.Mereka memiliki persepsi yang luas,mendalam dan pelbagai.Mereka pandai mencari cara-cara lain untuk melakukan perkara yang sama.Orang yang mahir berfikir pandai membuat ramalan,pandai mencari maklumat-maklumat baru,mentafsir maklumat lama dengan menggunakan persepsi baru.Pandai menentukan keutamaan dan pandai memberi nilai pada maklumat.Untuk mahir melakukan itu semua kita tidak perlu menjadi intelek.
█ Orang intelek ialah orang yang pandai bercakap tentang perkara MUDAH dengan cara-cara yang KOMPLEKS,RUMIT atau SUSAH.Panduan pertama menjadi intelek ialah,Kalau kita tidak banyak atau KERING IDEA untuk bercakap.Bercakaplah dengan cara yang paling SUSAH dan KOMPLEKS.Seorang penoreh getah takut pada hujan pagi.Seorang intelek pula sangat takut kepada sesuatu yang SIMPLE.Kalau sesuatu itu begitu mudah atau simple apa lagi yang hendak mereka katakan,tulis atau MEREPEK-REPEK<-----(ayat ni aku saja tambah). Orang intelek hanya pandai mengulas apa-apa dan siapa-siapa dengan cara yang kompleks dan BERSERABUT<-----(ayat ni pun aku tambah). █ Di dalam kehidupan sebenar ada orang lain yang kita perlu ambil kira.Ada masalah yang mesti kita selesaikan.Ada strategi yang mesti dicipta.Ada perancangan yang mesti dilaksanakan.Dalam kehidupan ada pertelagahan dan konflik yang mesti dileraikan.Ada perundingan dan ada persetujuan yang mesti dicapai.Ada nilai-nilai yang mesti diambil kira.Ada keuntungan yang perlu dicari dan ada kerugian yang tidak dapat dielakkan.Ini semua memerlukan banyak kemahiran berfikir. █ Orang intelek jarang pandai berfikir untuk menangani DUNIA SEBENAR.

Petikan dari buku Motivasi Belajar Berfikir.
Ainon Mohd
Abdullah Hassan
No comments:
Post a Comment
Thank you for viewing, Terima kasih atas tatapan anda