Tuesday, March 29, 2011

Foul Madames...Kacang Pool Putrajaya....



Kacang Fol Putrajaya

Makan ini agak pelik dan aneh untuk kebanyakan orang. namun jika anda tanyakan kepada orang Johore bahru (JB) dan Singapore..mereka akan tersenyum...mungkin kerana terbayangkan keenakannya. Hidangan ini dimakan bersama roti bakar atau roti Francis.



Nak membuatnya tak susah...kalau ikutkan aku, nak buatnya simple dan kacang..(ia laa..dah mana pun kacang..) hahaha.

Tumis ketumbar, bawang dan cili kisar, masukkan daging kisar, masukkan kacang foul madames yang telah dilenyek, garam, serbuk lada dan mentega, tambah air dan biarkan atas api sampai pekat...terpulang kepada individu untuk menambah sendiri rasanya...tapi, wajib kalau dimakan dengan perahan limau kasturi, bawang dan cili hijau cincang serta teluh separuh masak (goreng atau rebus)...



Gerai makan adik aku di Presint 11, Putrajaya ada menghidangkan kacang Fol ini dengan harga RM4.00 pada hari Sabtu dan Ahad. Dengan sambutan yang agak menggalakkan dan pelanggan tetap hidangan ini, aku rasa semakin ramai orang akan mula mngenali hidangan lengkap dan berkhasiat ini..

Cuba-cubalah.......

No comments:

Post a Comment

Thank you for viewing, Terima kasih atas tatapan anda