Assalamualaikum...sehingga ke hari ini, telah sampai masanya untuk saya berkongsi tentang hati dan perasaan saya apabila rata-rata masyarakat kita memperkatakan tentang hal kemelayuan yang semakin sakit telinga mendengar, 'Tiga Line'. mungkin kerana saya ada terpandang blog perjalanan hitam putih kehidupan seorang pengacara program 360 yang berasal dari Taiping ini : http://www.mazidulakmal.com/ yang agak provokatif.
Saya tidak mahu menyokong mana-mana pihak, cuma apa yang ingin saya berkongsi ialah pendapat saya semata-mata. Satu kajian tentang pengelibatan orang melayu dalam pertubuhan gelap telah dilakukan. :
(Keterlibatan Orang Melayu-Muslim dalam Persatuan Sulit di Pulau Pinang Sejak Abad Ke-19
oleh Mahani Musa Universiti Sains Malaysia) yang di antaranya menceritakan bahawa di Pulau Piang sahaja orang melayu (muslim) telah lama bergerak secara rahsia dalam pertubuhan/jemaah sebegini. Saya berpendapat bahawa pengelibatan bangsa kita dalam pertubuhan rahsia/sulit ini telah bermula lebih awal daripada Abad ke-19.
Sehigga 2011, kita tidak boleh menafikan bahawa pertubuhan sulit ini telah terkubur begitu sahaja, memandangkan ianya jiga sebahagian adat resam dan budaya bangsa kita. Pertubuhan sulit ini boleh membawa maksud kepada pertubuhan haram,kongsi gelap, pertubuhan tidak berdaftar dan pakatan (secara terbuka - mcm yang ada sekarang, atau secara rahsia).
Berbagai-bagai nama yang diberikan seperti Tiga Line, Pekida, Merah, Putih dan juga nombor-nombor yang diberikan (30,36,24,08,77,360,369,666 ...dll). Sebenarnya, tidak ada apa yang boleh dibangga-banggakan apabila menjadi ahli mana-mana jemaah ini...dan begitu juga tidak perlu rasa takut, ngeri, iri hati atau cemburu kepada ahli-ahli jemaah-jemaah ini. Berdasarkan pengalaman saya, pertubuhan sebegini hanyalah untuk semangat setiakawan dan perjuangan semata-mata. adalah atas pilihan diri seseorang ahli untuk berjalan dan mencorakkan kehidupannya. Masing-masing diberi pilihan untuk hidup dengan cara hidup masing-masing. tak semestinya ahli jemaah-jemaah ini perlu berlagak samseng atau dan dilabelkan dengan pelbagai tanggapan dan tuduhan oleh orang-orang yang bukan menjadi ahli.
ya, bukan semuanya baik...dan perlu diingatkan bukan semuanya ganas dan suka buat onar. Ada juga satu kumpulan jemaah yang dilabelkan masyarakat dan media dengan pelbagai tuduhan seperti minum darah, minum raka, sembah babi, perangai kafir, jahat dan sebagainya..tetapi yang masyarakat tidak tahu bahawa ahli jemaah ini telah diingtkan dan diberi amarah keras supaya tidak melakukan kejahatan kepada 3 golongan iaitu, anak-anak kecil, perempuan dan orang tua-tua...yang secara peribadi bagi saya adalah satu pesanan ke arah kebaikan dan pesanan yang ada kebenaran....cukuplah untuk jadi ingatan ahli-ahli (yang selalu difitnah sebagai sesat) untuk dijadikan panduan dan amalan.
Ada juga kumpulan yang dikatakan memperjuangan agama, bangsa dan tanah air yang menjadikan jalan kehidupan Islam sebagai cogankata tapi masih melakukan perkara-perkara haram di sisi agama Islam...itu yang selalu dikutuk cerca dan diperli kias oleh masyarakat sekarang....
Namun, yang paling keji dan hina di mata saya ialah bangsa kita sendiri yang asyik menjadi batu api, yang bukan dari mana-mana jemaah pertubuhan "kongsi gelap melayu" ini yang sentiasa mengata dan memfitnah sesama bangsa...mereka-mereka ini mungkin kadang-kadang terlupa atau mungkin tidak pernah terfikir bahawa mungkin ada di antara ahli keluarga masing-masing yang menjadi ahli jemaah-jemaah sebegini...atau mungkin pada suatu hari nanti mereka akan bermenantukan ahli dari jemaah yang sering mereka kutuk itu...yang semestinya, mereka-mereka ini masih belum terasa kemanisan hidup dalam jemaah selama ini, tidak kira jemaah jenis apapun....Akhir zaman pasti akan datang..dan sama2lah kita, jika berkesempatan melihat sendiri nasib orang2 ini. Atau pun, takkala sampai suatu masa, DARURAT melanda negara kita, jangan sampai kita terkebil2 untuk menyertai barisan untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanahair...

Macam-macam bahasa yang dapat kita lihat dalam satu topik forum ini tentang jemaah-jemaah bangsa kita:
http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TPTD1CJV37B0U5N58/p232
Sudah la saudara-saudaraku...tidakkah kita mengambil pengajaran dari apa yang terjadi di luar negara kita, seperti di palestine, turki, Mesir, Singapura dan sebagainya....
Sesungguhnya org-org Islam dituntut agar bersatu dalam jemaah..terpulanglah kepadanya jemaah mana yang ingin diikuti. Keberkatan hidupadalah apabila kita bersama berjemaah.
Hidup kita di dunia ini tidak boleh berseorangan kita perlu kepada berjemaah. Hidup berjemaah akan membawa keberkatan sedangkan hidup tanpa jemaah akan membawa kepada kehancuran.
Daripada Huzaifah r.a berkata : “Orang-orang Islam yang lain bertanya Rasulullah s.a.w tentang kebaikan dan saya bertanya Rasulullah tentang kejahatan, kerana saya bimbang (takut) saya terjatuh kedalam kejahatan, lalu saya berkata kepada Rasulullah s.a.w, :“Ya Rasulullah , kami sesungguhnya berada di dalam keadaan jahiliah dan kejahatan, tetapi Allah hantarkan kebaikan, apakah ada selepas kebaikan ini kejahatan?”
Rasulullah s.a.w menjawab : “Ya ada”
Kemudian saya bertanya lagi, “Apakah selepas kejahatan ini ada kebaikan?”
Rasulullah s.a.w menjawab “Ya ada, tetapi di dalamnya ada dakhan”
Kemudian saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w “Apakah dakhan itu?”
Rasulullah s.a.w menjawab “Yang di maksudkan dakhan itu adalah suatu kaum yang mengambil suatu peraturan lain dari Sunnahku dan mengambil Petunjuk lain dari Petunjukku, kamu kenal mereka maka hendaklah kamu tolak mereka.”
Saya bertanya lagi : Adakah selepas itu (kebaikan), ada lagi kejahatan?”
Rasulullah s.a.w menjawab : “Ya ada, iaitu pendakwah (penyeru) yang berada di tepi jurang neraka, siapa yang menyahut seruan mereka akan di campakkan kedalam neraka”
Saya bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah perintahmu jika saya sampai pada masa itu (iaitu masa penyeru-penyeru yang menyeru di tepi jurang neraka)?”
Rasulullah s.a.w menjawab : “ Hendaklah kamu duduk bersama-sama Jemaah Muslimin dan ikut imam mereka”
(Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Hidup kita akan mendapat keberkatan jika kita duduk di dalam jemaah. Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda hidup bersama jemaah Islam yang dibentuk oleh baginda. Di dalam jemaah inilah berlakunya proses tarbiyah imaniah berjalan hingga melahirkan satu generasi umat Islam yang paling baik dalam sejarah manusia. Hasil dari jemaah ini melahirkan Daulah Islamiyah yang mendaulatkan hukum-hukum Allah s.w.t.Berjemaah membawa berkat dan perpecahan membawa azab...(http://nurpasti.blogspot.com/2010/10/mencari-keberkatan-dalam-hidup-satu.html)
Kewajipan berada di dalam satu jamaah atau harakah Islamiah ini dapat dilihat di dalam Al Quran:
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (As Saff:4)Akhir kata, kepada semua bangsa Melayu, dari sejarah bangsa kita, orang-orang Melayu memang terbukti amat susah untuk bersatu-padu..baik dari sudut agama, politik, masyarakat...jadi anda tentukan lah sendiri apa yang perlu atau sudah anda perjuangkan, atau apakah sumbangan anda terhadap bangsa anda sendiri. Kepada ahli-ahli dari semua pertubuhan sulit, tak kira apa gelaran kumpulan andsa, sama-samalah kita insaf bahawa, sesiapapun kalau diberikan golok mampu menetak orang, jgn sangka air yg tenang tiada buaya...hormat menghormatilah sesama bangsa, kerana takkan ada pertubuhan mana pun, parti politik apapun, Islam mazhab apapun atau silat jenis apapun yang mampu menyatupadukan bangsa Melayu kecuali hati yang bersih dan suci bersama diri yang sebenar-benar diri yang tunduk dan mengaku menjadi hamba Allah dan cintaikan Rasullah..
TQ
No comments:
Post a Comment
Thank you for viewing, Terima kasih atas tatapan anda