Thursday, March 31, 2011

Chicken Rice using HPA Chicken...

Hari ni masak nasik ayam n tapau pi kerja...bekalkan sophea jugak..harap2 dia suka.ayam organik hpa rm16.50 per 1.5kg...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Wednesday, March 30, 2011

terkulai

Letih teruk anak aku
Published with Blogger-droid v1.6.8

Silent driving...pemanduan senyap

Hari ini aku berpeluang untuk merasai pemanduan senyap gara-gara 3 beranak lena diulit intan.Tak payah nyanyi lagu2 kanak2,sembang2 pasal kerja dan layan celoteh si kecik...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Pemandangan Di Bukit Ampang

Hari sabtu 28/3...bertenet kat sini makan cucuq udang
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, March 29, 2011

medan sate kajang prima saujana

Isnin 28 mac
Published with Blogger-droid v1.6.8

Foul Madames...Kacang Pool Putrajaya....



Kacang Fol Putrajaya

Makan ini agak pelik dan aneh untuk kebanyakan orang. namun jika anda tanyakan kepada orang Johore bahru (JB) dan Singapore..mereka akan tersenyum...mungkin kerana terbayangkan keenakannya. Hidangan ini dimakan bersama roti bakar atau roti Francis.



Nak membuatnya tak susah...kalau ikutkan aku, nak buatnya simple dan kacang..(ia laa..dah mana pun kacang..) hahaha.

Tumis ketumbar, bawang dan cili kisar, masukkan daging kisar, masukkan kacang foul madames yang telah dilenyek, garam, serbuk lada dan mentega, tambah air dan biarkan atas api sampai pekat...terpulang kepada individu untuk menambah sendiri rasanya...tapi, wajib kalau dimakan dengan perahan limau kasturi, bawang dan cili hijau cincang serta teluh separuh masak (goreng atau rebus)...



Gerai makan adik aku di Presint 11, Putrajaya ada menghidangkan kacang Fol ini dengan harga RM4.00 pada hari Sabtu dan Ahad. Dengan sambutan yang agak menggalakkan dan pelanggan tetap hidangan ini, aku rasa semakin ramai orang akan mula mngenali hidangan lengkap dan berkhasiat ini..

Cuba-cubalah.......

Sunday, March 27, 2011

Monkeys...monyet-monyet depan rumah...

Banyak jugak monyet2 liar kat daerah hulu langat ni. Depan rumah aku dah mcm zoo dah...xkisah la kalau byk yg disidai hilang atau sampah berterabur atas jln. Cuma semak kalau manusia berperangai monyet ja...
Published with Blogger-droid v1.6.7

Saturday, March 26, 2011

Monday, March 21, 2011

The New 2011 Myvi..some said it'll have as same engine as Alva..hrmmm































Still looks like the old one..hahaha....maybe the 'new' is all about the engine..


mobile blogging...

Kind of hard to do...but uncle will never give up easily..
Published with Blogger-droid v1.6.7

?

Published with Blogger-droid v1.6.7

My first mobile blog

Salam..this is my first experience of mobile blogging..i hope it will become a good habit.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Saturday, March 19, 2011

Jemaah Oh Jemaah.....Pengelibatan Bangsa Melayu Dalam Pelbagai Pertubuhan


Assalamualaikum...sehingga ke hari ini, telah sampai masanya untuk saya berkongsi tentang hati dan perasaan saya apabila rata-rata masyarakat kita memperkatakan tentang hal kemelayuan yang semakin sakit telinga mendengar, 'Tiga Line'. mungkin kerana saya ada terpandang blog perjalanan hitam putih kehidupan seorang pengacara program 360 yang berasal dari Taiping ini : http://www.mazidulakmal.com/ yang agak provokatif.

Saya tidak mahu menyokong mana-mana pihak, cuma apa yang ingin saya berkongsi ialah pendapat saya semata-mata. Satu kajian tentang pengelibatan orang melayu dalam pertubuhan gelap telah dilakukan. :

(Keterlibatan Orang Melayu-Muslim dalam Persatuan Sulit di Pulau Pinang Sejak Abad Ke-19
oleh Mahani Musa Universiti Sains Malaysia) yang di antaranya menceritakan bahawa di Pulau Piang sahaja orang melayu (muslim) telah lama bergerak secara rahsia dalam pertubuhan/jemaah sebegini. Saya berpendapat bahawa pengelibatan bangsa kita dalam pertubuhan rahsia/sulit ini telah bermula lebih awal daripada Abad ke-19.

Sehigga 2011, kita tidak boleh menafikan bahawa pertubuhan sulit ini telah terkubur begitu sahaja, memandangkan ianya jiga sebahagian adat resam dan budaya bangsa kita. Pertubuhan sulit ini boleh membawa maksud kepada pertubuhan haram,kongsi gelap, pertubuhan tidak berdaftar dan pakatan (secara terbuka - mcm yang ada sekarang, atau secara rahsia).

Berbagai-bagai nama yang diberikan seperti Tiga Line, Pekida, Merah, Putih dan juga nombor-nombor yang diberikan (30,36,24,08,77,360,369,666 ...dll). Sebenarnya, tidak ada apa yang boleh dibangga-banggakan apabila menjadi ahli mana-mana jemaah ini...dan begitu juga tidak perlu rasa takut, ngeri, iri hati atau cemburu kepada ahli-ahli jemaah-jemaah ini. Berdasarkan pengalaman saya, pertubuhan sebegini hanyalah untuk semangat setiakawan dan perjuangan semata-mata. adalah atas pilihan diri seseorang ahli untuk berjalan dan mencorakkan kehidupannya. Masing-masing diberi pilihan untuk hidup dengan cara hidup masing-masing. tak semestinya ahli jemaah-jemaah ini perlu berlagak samseng atau dan dilabelkan dengan pelbagai tanggapan dan tuduhan oleh orang-orang yang bukan menjadi ahli.

ya, bukan semuanya baik...dan perlu diingatkan bukan semuanya ganas dan suka buat onar. Ada juga satu kumpulan jemaah yang dilabelkan masyarakat dan media dengan pelbagai tuduhan seperti minum darah, minum raka, sembah babi, perangai kafir, jahat dan sebagainya..tetapi yang masyarakat tidak tahu bahawa ahli jemaah ini telah diingtkan dan diberi amarah keras supaya tidak melakukan kejahatan kepada 3 golongan iaitu, anak-anak kecil, perempuan dan orang tua-tua...yang secara peribadi bagi saya adalah satu pesanan ke arah kebaikan dan pesanan yang ada kebenaran....cukuplah untuk jadi ingatan ahli-ahli (yang selalu difitnah sebagai sesat) untuk dijadikan panduan dan amalan.

Ada juga kumpulan yang dikatakan memperjuangan agama, bangsa dan tanah air yang menjadikan jalan kehidupan Islam sebagai cogankata tapi masih melakukan perkara-perkara haram di sisi agama Islam...itu yang selalu dikutuk cerca dan diperli kias oleh masyarakat sekarang....


Namun, yang paling keji dan hina di mata saya ialah bangsa kita sendiri yang asyik menjadi batu api, yang bukan dari mana-mana jemaah pertubuhan "kongsi gelap melayu" ini yang sentiasa mengata dan memfitnah sesama bangsa...mereka-mereka ini mungkin kadang-kadang terlupa atau mungkin tidak pernah terfikir bahawa mungkin ada di antara ahli keluarga masing-masing yang menjadi ahli jemaah-jemaah sebegini...atau mungkin pada suatu hari nanti mereka akan bermenantukan ahli dari jemaah yang sering mereka kutuk itu...yang semestinya, mereka-mereka ini masih belum terasa kemanisan hidup dalam jemaah selama ini, tidak kira jemaah jenis apapun....Akhir zaman pasti akan datang..dan sama2lah kita, jika berkesempatan melihat sendiri nasib orang2 ini. Atau pun, takkala sampai suatu masa, DARURAT melanda negara kita, jangan sampai kita terkebil2 untuk menyertai barisan untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanahair...



Macam-macam bahasa yang dapat kita lihat dalam satu topik forum ini tentang jemaah-jemaah bangsa kita:

http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TPTD1CJV37B0U5N58/p232

Sudah la saudara-saudaraku...tidakkah kita mengambil pengajaran dari apa yang terjadi di luar negara kita, seperti di palestine, turki, Mesir, Singapura dan sebagainya....

Sesungguhnya org-org Islam dituntut agar bersatu dalam jemaah..terpulanglah kepadanya jemaah mana yang ingin diikuti. Keberkatan hidupadalah apabila kita bersama berjemaah.

Hidup kita di dunia ini tidak boleh berseorangan kita perlu kepada berjemaah. Hidup berjemaah akan membawa keberkatan sedangkan hidup tanpa jemaah akan membawa kepada kehancuran.

Daripada Huzaifah r.a berkata : “Orang-orang Islam yang lain bertanya Rasulullah s.a.w tentang kebaikan dan saya bertanya Rasulullah tentang kejahatan, kerana saya bimbang (takut) saya terjatuh kedalam kejahatan, lalu saya berkata kepada Rasulullah s.a.w, :“Ya Rasulullah , kami sesungguhnya berada di dalam keadaan jahiliah dan kejahatan, tetapi Allah hantarkan kebaikan, apakah ada selepas kebaikan ini kejahatan?”

Rasulullah s.a.w menjawab : “Ya ada”

Kemudian saya bertanya lagi, “Apakah selepas kejahatan ini ada kebaikan?”

Rasulullah s.a.w menjawab “Ya ada, tetapi di dalamnya ada dakhan”

Kemudian saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w “Apakah dakhan itu?”

Rasulullah s.a.w menjawab “Yang di maksudkan dakhan itu adalah suatu kaum yang mengambil suatu peraturan lain dari Sunnahku dan mengambil Petunjuk lain dari Petunjukku, kamu kenal mereka maka hendaklah kamu tolak mereka.”

Saya bertanya lagi : Adakah selepas itu (kebaikan), ada lagi kejahatan?”

Rasulullah s.a.w menjawab : “Ya ada, iaitu pendakwah (penyeru) yang berada di tepi jurang neraka, siapa yang menyahut seruan mereka akan di campakkan kedalam neraka”

Saya bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah perintahmu jika saya sampai pada masa itu (iaitu masa penyeru-penyeru yang menyeru di tepi jurang neraka)?”

Rasulullah s.a.w menjawab : “ Hendaklah kamu duduk bersama-sama Jemaah Muslimin dan ikut imam mereka”

(Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Hidup kita akan mendapat keberkatan jika kita duduk di dalam jemaah. Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda hidup bersama jemaah Islam yang dibentuk oleh baginda. Di dalam jemaah inilah berlakunya proses tarbiyah imaniah berjalan hingga melahirkan satu generasi umat Islam yang paling baik dalam sejarah manusia. Hasil dari jemaah ini melahirkan Daulah Islamiyah yang mendaulatkan hukum-hukum Allah s.w.t.Berjemaah membawa berkat dan perpecahan membawa azab...(http://nurpasti.blogspot.com/2010/10/mencari-keberkatan-dalam-hidup-satu.html)

Kewajipan berada di dalam satu jamaah atau harakah Islamiah ini dapat dilihat di dalam Al Quran:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (As Saff:4)

Akhir kata, kepada semua bangsa Melayu, dari sejarah bangsa kita, orang-orang Melayu memang terbukti amat susah untuk bersatu-padu..baik dari sudut agama, politik, masyarakat...jadi anda tentukan lah sendiri apa yang perlu atau sudah anda perjuangkan, atau apakah sumbangan anda terhadap bangsa anda sendiri. Kepada ahli-ahli dari semua pertubuhan sulit, tak kira apa gelaran kumpulan andsa, sama-samalah kita insaf bahawa, sesiapapun kalau diberikan golok mampu menetak orang, jgn sangka air yg tenang tiada buaya...hormat menghormatilah sesama bangsa, kerana takkan ada pertubuhan mana pun, parti politik apapun, Islam mazhab apapun atau silat jenis apapun yang mampu menyatupadukan bangsa Melayu kecuali hati yang bersih dan suci bersama diri yang sebenar-benar diri yang tunduk dan mengaku menjadi hamba Allah dan cintaikan Rasullah..

TQ

perkataan intelek vs. perkataan ilmuwan

MENJADI INTELEK ATAU MENJADI ILMUWAN?

█ Ramai orang yang dipanggil INTELEK terbukti mereka tidak semestinya mahir berfikir.Mereka cuma pandai berfikir untuk tujuan membuktikan pendapatnya betul manakala pendapat orang lain salah.Tetapi,apabila mereka berjaya membuktikan orang lain salah,itu bukan bererti mereka betul.Mereka pandai MENGKRITIK orang lain,mencari-cari kesilapan dan kekurangan idea orang lain tetapi mereka sendiri tidak mahir menerbitkan idea-idea yang lebih baik.

█ Kita boleh menjadi orang yang mahir berfikir tanpa menjadi seorang intelek.Orang yang mahir berfikir ialah orang yang pandai melihat perkara yang sama dengan menggunakan sudut-sudut pandangan yang berbeza.Mereka memiliki persepsi yang luas,mendalam dan pelbagai.Mereka pandai mencari cara-cara lain untuk melakukan perkara yang sama.Orang yang mahir berfikir pandai membuat ramalan,pandai mencari maklumat-maklumat baru,mentafsir maklumat lama dengan menggunakan persepsi baru.Pandai menentukan keutamaan dan pandai memberi nilai pada maklumat.Untuk mahir melakukan itu semua kita tidak perlu menjadi intelek.

█ Orang intelek ialah orang yang pandai bercakap tentang perkara MUDAH dengan cara-cara yang KOMPLEKS,RUMIT atau SUSAH.Panduan pertama menjadi intelek ialah,Kalau kita tidak banyak atau KERING IDEA untuk bercakap.Bercakaplah dengan cara yang paling SUSAH dan KOMPLEKS.Seorang penoreh getah takut pada hujan pagi.Seorang intelek pula sangat takut kepada sesuatu yang SIMPLE.Kalau sesuatu itu begitu mudah atau simple apa lagi yang hendak mereka katakan,tulis atau MEREPEK-REPEK<-----(ayat ni aku saja tambah). Orang intelek hanya pandai mengulas apa-apa dan siapa-siapa dengan cara yang kompleks dan BERSERABUT<-----(ayat ni pun aku tambah). █ Di dalam kehidupan sebenar ada orang lain yang kita perlu ambil kira.Ada masalah yang mesti kita selesaikan.Ada strategi yang mesti dicipta.Ada perancangan yang mesti dilaksanakan.Dalam kehidupan ada pertelagahan dan konflik yang mesti dileraikan.Ada perundingan dan ada persetujuan yang mesti dicapai.Ada nilai-nilai yang mesti diambil kira.Ada keuntungan yang perlu dicari dan ada kerugian yang tidak dapat dielakkan.Ini semua memerlukan banyak kemahiran berfikir. █ Orang intelek jarang pandai berfikir untuk menangani DUNIA SEBENAR.

Petikan dari buku Motivasi Belajar Berfikir.
Ainon Mohd
Abdullah Hassan