Wednesday, March 19, 2008

Pesanan Diri Kepada Diri Sendiri



Salam.


Sedarlah dari tidur dan angan-angan kosong. Orang lain dah sampai ke bulan, kita masih tidur lagi. Sampai bila nak mcm ni aja. Hidup ini satu perjalanan, bukan satu destinasi. Destinasi perjalanan kita ialah ke satu alam terakhir yang kekal abadi, alam akhirat.....Kita harus sedar, orang yang nak menjahanamkan dunia, menghancurkan kebenaran dan memporak-perandakan keamanan perjalanan kita tidak pernah rehat walaupun sesaat, jadi kenapa kita nak nganga dan terus lali dalam propaganda dan tipu daya illuminati dan fantamorgana dunia yang fana ini.


Hang tau ke apa makna dunia yang fana ni Pon? Dunia yang fana. Fana ni ertinya singkat...sekejap je. Dalam topik ini fana ni bermaksud persinggahan seketika. Jadi hidup di alam dunia ini adalah satu perjalanan singkat menuju satu kehidupan yang kekal abadi.Kalau kita susah nak memahami juga, secara kasarnya, macam ini:....Manusia akan melalui perjalanan perjalanan menerusi alam-alam kehidupan untuk menuju ke satu penghujung jalan atau alam terakhir yang kekal abadi.


Alam-alam perlu dilalui oleh manusia semenjak dijadikan ialah alam roh, alam rahim, alam duniawi dan alam akhirat.Jika kesemuanya disenaraikan secara urutan, maka setiap manusia mesti melalui alam roh, kemudian alam rahim, alam dunia, alam sakaratulmaut, alam barzakh dan akhir sekali alam akhirat. Inilah skala waktu kehidupan manusia yang mesti diambilkira dalam semua aspek kehidupan manusia, termasuk pembangunan. (Profesor Madya Dr Muhammad Syukri SallehProjek Pengurusan Pembangunan Islam (IDMP) , Universiti Sains Malaysia)


Jadi, kalau kita tak mahu atau masih tidak upaya hendak dirikan solat 5 kali sehari, sekurang-kurangnya sedarlah, kita tidak akan hanya hidup di alam dunia, kita akan hidup selama-lamanya, cuma untuk pertukaran alam dari alam dunia ke alam akhirat, kita akan meninggalkan alam dunai secara mati/tidur. Dan segala kebaikan atau kesalahan kita akan dinilai oleh Allah.Bawa-bawalah berfikir sejenak di kala waktu senggang tentang perjalanan kita menuju ke alam yang kekal abadi.