Thursday, September 22, 2011

Jutawan Hartanah

Jutawan Hartanah

Monday, August 29, 2011

Published with Blogger-droid v1.6.8

Published with Blogger-droid v1.6.8

Published with Blogger-droid v1.6.8

Published with Blogger-droid v1.6.8

?

Published with Blogger-droid v1.6.8

Several days before 1432 Eid..

Sophea n natifha's window shopping..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan 2011..

Apit, Mat n aku bukak gerai nasi tomato n laksa kt Houz Depot, Jln TAR...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, April 19, 2011

MQA01

Prof Shahrin JKA UTM
Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, April 10, 2011

Brakefast in the garden

Pagi ahad yang mendung dan memalaskan...kami kluar sarapan @ sri siakap hulu langat..best.sophea sampai hirup kuah dhal dlm mangkuk...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, April 9, 2011

My Home Organic Garden

Thinking of preparing myself for a nice smallholding in the future. My wife finally decided that we want to grow old in the country side (hell yeahhhhhhhhhhh)..at last.

Daun kari, saleri dan jasmin...

Pokok Puding dan kotak2 sayur...

Baby Fat Choy...
 Kuchai nyum nyum...
 organic veges....

Friday, April 8, 2011

My Reiki

I need to work up my reiki energy...it have been so long since my last meditation. Hrmm hopefully I'll be on track soon and stop wasting all the energy around me.

Thursday, April 7, 2011

Nasi Minyak and Chicken Korma

Yum yum yum..hpa free range,organic chicken korma..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Monday, April 4, 2011

Flower Girl

Maybe because of our surname Zahrin, which mean flower...my girl will pick some jasmines everday and put it behind her ear. For me, really love the freshly picked flower's smell...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, April 3, 2011

Friday, April 1, 2011

tabemasho...

With my bestest friend in KL....
Published with Blogger-droid v1.6.8

IIUM master of Management Programme ...





at last...finally I've been accepted in a master program. haha..still remember my 1st question to Prof Dr. Muhammad Arif Zakaullah during the Q&A @ the program preview.." sir, do you take a 2.2 student?.." and he immediately repeat the question to Dr Zabedah.."Do we take a 2.2?"..and the answer is.....

Today i'll be at UUIM for the program registration. Al-hamdulillah...

Thursday, March 31, 2011

Chicken Rice using HPA Chicken...

Hari ni masak nasik ayam n tapau pi kerja...bekalkan sophea jugak..harap2 dia suka.ayam organik hpa rm16.50 per 1.5kg...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Wednesday, March 30, 2011

terkulai

Letih teruk anak aku
Published with Blogger-droid v1.6.8

Silent driving...pemanduan senyap

Hari ini aku berpeluang untuk merasai pemanduan senyap gara-gara 3 beranak lena diulit intan.Tak payah nyanyi lagu2 kanak2,sembang2 pasal kerja dan layan celoteh si kecik...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Pemandangan Di Bukit Ampang

Hari sabtu 28/3...bertenet kat sini makan cucuq udang
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, March 29, 2011

medan sate kajang prima saujana

Isnin 28 mac
Published with Blogger-droid v1.6.8

Foul Madames...Kacang Pool Putrajaya....



Kacang Fol Putrajaya

Makan ini agak pelik dan aneh untuk kebanyakan orang. namun jika anda tanyakan kepada orang Johore bahru (JB) dan Singapore..mereka akan tersenyum...mungkin kerana terbayangkan keenakannya. Hidangan ini dimakan bersama roti bakar atau roti Francis.



Nak membuatnya tak susah...kalau ikutkan aku, nak buatnya simple dan kacang..(ia laa..dah mana pun kacang..) hahaha.

Tumis ketumbar, bawang dan cili kisar, masukkan daging kisar, masukkan kacang foul madames yang telah dilenyek, garam, serbuk lada dan mentega, tambah air dan biarkan atas api sampai pekat...terpulang kepada individu untuk menambah sendiri rasanya...tapi, wajib kalau dimakan dengan perahan limau kasturi, bawang dan cili hijau cincang serta teluh separuh masak (goreng atau rebus)...



Gerai makan adik aku di Presint 11, Putrajaya ada menghidangkan kacang Fol ini dengan harga RM4.00 pada hari Sabtu dan Ahad. Dengan sambutan yang agak menggalakkan dan pelanggan tetap hidangan ini, aku rasa semakin ramai orang akan mula mngenali hidangan lengkap dan berkhasiat ini..

Cuba-cubalah.......

Sunday, March 27, 2011

Monkeys...monyet-monyet depan rumah...

Banyak jugak monyet2 liar kat daerah hulu langat ni. Depan rumah aku dah mcm zoo dah...xkisah la kalau byk yg disidai hilang atau sampah berterabur atas jln. Cuma semak kalau manusia berperangai monyet ja...
Published with Blogger-droid v1.6.7

Saturday, March 26, 2011

Monday, March 21, 2011

The New 2011 Myvi..some said it'll have as same engine as Alva..hrmmm































Still looks like the old one..hahaha....maybe the 'new' is all about the engine..


mobile blogging...

Kind of hard to do...but uncle will never give up easily..
Published with Blogger-droid v1.6.7

?

Published with Blogger-droid v1.6.7

My first mobile blog

Salam..this is my first experience of mobile blogging..i hope it will become a good habit.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Saturday, March 19, 2011

Jemaah Oh Jemaah.....Pengelibatan Bangsa Melayu Dalam Pelbagai Pertubuhan


Assalamualaikum...sehingga ke hari ini, telah sampai masanya untuk saya berkongsi tentang hati dan perasaan saya apabila rata-rata masyarakat kita memperkatakan tentang hal kemelayuan yang semakin sakit telinga mendengar, 'Tiga Line'. mungkin kerana saya ada terpandang blog perjalanan hitam putih kehidupan seorang pengacara program 360 yang berasal dari Taiping ini : http://www.mazidulakmal.com/ yang agak provokatif.

Saya tidak mahu menyokong mana-mana pihak, cuma apa yang ingin saya berkongsi ialah pendapat saya semata-mata. Satu kajian tentang pengelibatan orang melayu dalam pertubuhan gelap telah dilakukan. :

(Keterlibatan Orang Melayu-Muslim dalam Persatuan Sulit di Pulau Pinang Sejak Abad Ke-19
oleh Mahani Musa Universiti Sains Malaysia) yang di antaranya menceritakan bahawa di Pulau Piang sahaja orang melayu (muslim) telah lama bergerak secara rahsia dalam pertubuhan/jemaah sebegini. Saya berpendapat bahawa pengelibatan bangsa kita dalam pertubuhan rahsia/sulit ini telah bermula lebih awal daripada Abad ke-19.

Sehigga 2011, kita tidak boleh menafikan bahawa pertubuhan sulit ini telah terkubur begitu sahaja, memandangkan ianya jiga sebahagian adat resam dan budaya bangsa kita. Pertubuhan sulit ini boleh membawa maksud kepada pertubuhan haram,kongsi gelap, pertubuhan tidak berdaftar dan pakatan (secara terbuka - mcm yang ada sekarang, atau secara rahsia).

Berbagai-bagai nama yang diberikan seperti Tiga Line, Pekida, Merah, Putih dan juga nombor-nombor yang diberikan (30,36,24,08,77,360,369,666 ...dll). Sebenarnya, tidak ada apa yang boleh dibangga-banggakan apabila menjadi ahli mana-mana jemaah ini...dan begitu juga tidak perlu rasa takut, ngeri, iri hati atau cemburu kepada ahli-ahli jemaah-jemaah ini. Berdasarkan pengalaman saya, pertubuhan sebegini hanyalah untuk semangat setiakawan dan perjuangan semata-mata. adalah atas pilihan diri seseorang ahli untuk berjalan dan mencorakkan kehidupannya. Masing-masing diberi pilihan untuk hidup dengan cara hidup masing-masing. tak semestinya ahli jemaah-jemaah ini perlu berlagak samseng atau dan dilabelkan dengan pelbagai tanggapan dan tuduhan oleh orang-orang yang bukan menjadi ahli.

ya, bukan semuanya baik...dan perlu diingatkan bukan semuanya ganas dan suka buat onar. Ada juga satu kumpulan jemaah yang dilabelkan masyarakat dan media dengan pelbagai tuduhan seperti minum darah, minum raka, sembah babi, perangai kafir, jahat dan sebagainya..tetapi yang masyarakat tidak tahu bahawa ahli jemaah ini telah diingtkan dan diberi amarah keras supaya tidak melakukan kejahatan kepada 3 golongan iaitu, anak-anak kecil, perempuan dan orang tua-tua...yang secara peribadi bagi saya adalah satu pesanan ke arah kebaikan dan pesanan yang ada kebenaran....cukuplah untuk jadi ingatan ahli-ahli (yang selalu difitnah sebagai sesat) untuk dijadikan panduan dan amalan.

Ada juga kumpulan yang dikatakan memperjuangan agama, bangsa dan tanah air yang menjadikan jalan kehidupan Islam sebagai cogankata tapi masih melakukan perkara-perkara haram di sisi agama Islam...itu yang selalu dikutuk cerca dan diperli kias oleh masyarakat sekarang....


Namun, yang paling keji dan hina di mata saya ialah bangsa kita sendiri yang asyik menjadi batu api, yang bukan dari mana-mana jemaah pertubuhan "kongsi gelap melayu" ini yang sentiasa mengata dan memfitnah sesama bangsa...mereka-mereka ini mungkin kadang-kadang terlupa atau mungkin tidak pernah terfikir bahawa mungkin ada di antara ahli keluarga masing-masing yang menjadi ahli jemaah-jemaah sebegini...atau mungkin pada suatu hari nanti mereka akan bermenantukan ahli dari jemaah yang sering mereka kutuk itu...yang semestinya, mereka-mereka ini masih belum terasa kemanisan hidup dalam jemaah selama ini, tidak kira jemaah jenis apapun....Akhir zaman pasti akan datang..dan sama2lah kita, jika berkesempatan melihat sendiri nasib orang2 ini. Atau pun, takkala sampai suatu masa, DARURAT melanda negara kita, jangan sampai kita terkebil2 untuk menyertai barisan untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanahair...



Macam-macam bahasa yang dapat kita lihat dalam satu topik forum ini tentang jemaah-jemaah bangsa kita:

http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TPTD1CJV37B0U5N58/p232

Sudah la saudara-saudaraku...tidakkah kita mengambil pengajaran dari apa yang terjadi di luar negara kita, seperti di palestine, turki, Mesir, Singapura dan sebagainya....

Sesungguhnya org-org Islam dituntut agar bersatu dalam jemaah..terpulanglah kepadanya jemaah mana yang ingin diikuti. Keberkatan hidupadalah apabila kita bersama berjemaah.

Hidup kita di dunia ini tidak boleh berseorangan kita perlu kepada berjemaah. Hidup berjemaah akan membawa keberkatan sedangkan hidup tanpa jemaah akan membawa kepada kehancuran.

Daripada Huzaifah r.a berkata : “Orang-orang Islam yang lain bertanya Rasulullah s.a.w tentang kebaikan dan saya bertanya Rasulullah tentang kejahatan, kerana saya bimbang (takut) saya terjatuh kedalam kejahatan, lalu saya berkata kepada Rasulullah s.a.w, :“Ya Rasulullah , kami sesungguhnya berada di dalam keadaan jahiliah dan kejahatan, tetapi Allah hantarkan kebaikan, apakah ada selepas kebaikan ini kejahatan?”

Rasulullah s.a.w menjawab : “Ya ada”

Kemudian saya bertanya lagi, “Apakah selepas kejahatan ini ada kebaikan?”

Rasulullah s.a.w menjawab “Ya ada, tetapi di dalamnya ada dakhan”

Kemudian saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w “Apakah dakhan itu?”

Rasulullah s.a.w menjawab “Yang di maksudkan dakhan itu adalah suatu kaum yang mengambil suatu peraturan lain dari Sunnahku dan mengambil Petunjuk lain dari Petunjukku, kamu kenal mereka maka hendaklah kamu tolak mereka.”

Saya bertanya lagi : Adakah selepas itu (kebaikan), ada lagi kejahatan?”

Rasulullah s.a.w menjawab : “Ya ada, iaitu pendakwah (penyeru) yang berada di tepi jurang neraka, siapa yang menyahut seruan mereka akan di campakkan kedalam neraka”

Saya bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah perintahmu jika saya sampai pada masa itu (iaitu masa penyeru-penyeru yang menyeru di tepi jurang neraka)?”

Rasulullah s.a.w menjawab : “ Hendaklah kamu duduk bersama-sama Jemaah Muslimin dan ikut imam mereka”

(Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Hidup kita akan mendapat keberkatan jika kita duduk di dalam jemaah. Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda hidup bersama jemaah Islam yang dibentuk oleh baginda. Di dalam jemaah inilah berlakunya proses tarbiyah imaniah berjalan hingga melahirkan satu generasi umat Islam yang paling baik dalam sejarah manusia. Hasil dari jemaah ini melahirkan Daulah Islamiyah yang mendaulatkan hukum-hukum Allah s.w.t.Berjemaah membawa berkat dan perpecahan membawa azab...(http://nurpasti.blogspot.com/2010/10/mencari-keberkatan-dalam-hidup-satu.html)

Kewajipan berada di dalam satu jamaah atau harakah Islamiah ini dapat dilihat di dalam Al Quran:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (As Saff:4)

Akhir kata, kepada semua bangsa Melayu, dari sejarah bangsa kita, orang-orang Melayu memang terbukti amat susah untuk bersatu-padu..baik dari sudut agama, politik, masyarakat...jadi anda tentukan lah sendiri apa yang perlu atau sudah anda perjuangkan, atau apakah sumbangan anda terhadap bangsa anda sendiri. Kepada ahli-ahli dari semua pertubuhan sulit, tak kira apa gelaran kumpulan andsa, sama-samalah kita insaf bahawa, sesiapapun kalau diberikan golok mampu menetak orang, jgn sangka air yg tenang tiada buaya...hormat menghormatilah sesama bangsa, kerana takkan ada pertubuhan mana pun, parti politik apapun, Islam mazhab apapun atau silat jenis apapun yang mampu menyatupadukan bangsa Melayu kecuali hati yang bersih dan suci bersama diri yang sebenar-benar diri yang tunduk dan mengaku menjadi hamba Allah dan cintaikan Rasullah..

TQ

perkataan intelek vs. perkataan ilmuwan

MENJADI INTELEK ATAU MENJADI ILMUWAN?

█ Ramai orang yang dipanggil INTELEK terbukti mereka tidak semestinya mahir berfikir.Mereka cuma pandai berfikir untuk tujuan membuktikan pendapatnya betul manakala pendapat orang lain salah.Tetapi,apabila mereka berjaya membuktikan orang lain salah,itu bukan bererti mereka betul.Mereka pandai MENGKRITIK orang lain,mencari-cari kesilapan dan kekurangan idea orang lain tetapi mereka sendiri tidak mahir menerbitkan idea-idea yang lebih baik.

█ Kita boleh menjadi orang yang mahir berfikir tanpa menjadi seorang intelek.Orang yang mahir berfikir ialah orang yang pandai melihat perkara yang sama dengan menggunakan sudut-sudut pandangan yang berbeza.Mereka memiliki persepsi yang luas,mendalam dan pelbagai.Mereka pandai mencari cara-cara lain untuk melakukan perkara yang sama.Orang yang mahir berfikir pandai membuat ramalan,pandai mencari maklumat-maklumat baru,mentafsir maklumat lama dengan menggunakan persepsi baru.Pandai menentukan keutamaan dan pandai memberi nilai pada maklumat.Untuk mahir melakukan itu semua kita tidak perlu menjadi intelek.

█ Orang intelek ialah orang yang pandai bercakap tentang perkara MUDAH dengan cara-cara yang KOMPLEKS,RUMIT atau SUSAH.Panduan pertama menjadi intelek ialah,Kalau kita tidak banyak atau KERING IDEA untuk bercakap.Bercakaplah dengan cara yang paling SUSAH dan KOMPLEKS.Seorang penoreh getah takut pada hujan pagi.Seorang intelek pula sangat takut kepada sesuatu yang SIMPLE.Kalau sesuatu itu begitu mudah atau simple apa lagi yang hendak mereka katakan,tulis atau MEREPEK-REPEK<-----(ayat ni aku saja tambah). Orang intelek hanya pandai mengulas apa-apa dan siapa-siapa dengan cara yang kompleks dan BERSERABUT<-----(ayat ni pun aku tambah). █ Di dalam kehidupan sebenar ada orang lain yang kita perlu ambil kira.Ada masalah yang mesti kita selesaikan.Ada strategi yang mesti dicipta.Ada perancangan yang mesti dilaksanakan.Dalam kehidupan ada pertelagahan dan konflik yang mesti dileraikan.Ada perundingan dan ada persetujuan yang mesti dicapai.Ada nilai-nilai yang mesti diambil kira.Ada keuntungan yang perlu dicari dan ada kerugian yang tidak dapat dielakkan.Ini semua memerlukan banyak kemahiran berfikir. █ Orang intelek jarang pandai berfikir untuk menangani DUNIA SEBENAR.

Petikan dari buku Motivasi Belajar Berfikir.
Ainon Mohd
Abdullah Hassan

Saturday, February 5, 2011

Mengapa masyarakat kita suka mandi bunga? Aku amik dr iklan minyak pati bunya Aura Sri


7 Chakra pada badan anda:


1. Crown Chakra (Chakra Mahkota)
2. Brow Chakra (3rd Eye Chakra) (Chakra Ajna)
3. Throat Chakra (Chakra Komunikasi)
4. Heart Chakra (Chakra Jantung)
5. Solar Plexus (Chakra Pusat)
6. Spleen Chakra (Chakra Emosi)
7. Root/Base Chakra (Chakra Dasar)

Hubungan Chakra & Aura - Chakra yang tersumbat akan melemahkan organ tertentu didalam tubuh
Organ yang lemah tidak akan dapat memancarkan gelombang warna yang baik dan cantik
Akibatnya ialah “AURA” yang buruk lebih menyerlah!…

Nak cuci aura senang je - lakukan salah satu ni -

Mandi Garam
Mandi dibawah Air Terjun
Mandi Air Hujan
Meditasi
Rawatan Reiki
Mandi Bunga

Mengapa masyarakat kita suka mandi bunga?
1. Tradisi masyarakat Melayu untuk memulihkan AURA

Mengapa 7 jenis bunga?
1. 7 Jenis Bunga untuk 7 Warna Chakra Utama mengikut susunan Pelangi
2. Tenaga warna hidup dari pati bunga mampu membersih, merawat merangsang tenaga Chakra dan Aura pada tubuh

Mengapa mandi bleh pulihkan Aura?
1. Adunan aroma minyak pati 7 bunga
2. 7 Warna 7 Frekuensi Berbeza
3. Tenaga Kristal
4. Tenaga Alam Semesta
5. Tenaga Garam Kristal
6. Tenaga Bunga Mas

Aura (Medan Tenaga Manusia)


Aura atau medan tenaga adalah tenaga pelbagai dimensi yg mengelilingi dan menembusi tubuh kita.Ia mempunyai saliran tenaga yang dipanggil ‘meridians’ yg mengalirkan tenaga kepada setiap organ ditubuh kita untuk memberi khasiat kepada setiap organ dan sel kita agar berada di tahap kesihatan optimum. Setiap pusat tenaga kita (Chakras) menyerap setiap tenaga kosmik (tenaga dari alam semesta di sekeliling kita).

APAKAH SEBENARNYA CHAKRA?

Chakra ialah satu perkataan Sanskrit yg bermaksud ‘Roda yg berputar’. Asalnya dikaitkan dengan roda pedati minda yg berputar, akan tetapi lama kelamaan dikaitkan dengan ‘putaran cahaya’.

Chakra ditubuh kita terletak di:

1. Root (akar)
2. Spleen (limpa)
3. Solar plexus (bhg ulu hati)
4. Heart (hati)
5. Throat (leher)
6. Brow (kening – 3rd eye)
7. Crown (ubun2)

Bila dibariskan secara menegak, chakra kita menjalar dari ubun hingga ke tulang punggung yg terakhir, merentasi laluan sistem saraf utama kita. Oleh yg demikian chakra kita dipanggil ‘PUSAT TENAGA’. Jika salah satu atau beberapa chakra kita tidak seimbang atau tertutup, lama kelamaan ia akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan tubuh, jiwa dan mental kita. Kita perlu sentiasa memastikan bahawa setiap chakra kita berfungsi dengan baik agar kita akan sentiasa selesa dan yakin utk membolehkan kita memajukan diri ketahap yg lebih baik. Contohnya, jika chakra hati kita tidak seimbang, kita akan menghadapi masalah menjalinkan hubungan baik dengan orang2 yg tersayang bahkan mungkin akan membuat kita tidak prihatin kepada manusia sejagat. Disebaliknya pula kita juga mungkin akan menjadi terlalu emosi atau cepat berasa hati yang akan menyebabkan keresahan berpanjangan yg membawa kepada sengsara.
Pakar2 jantung mendapati org2 yg ceria hidupnya jarang sekali menghidap penyakit jantung.

Bagaimana ingin mendapat kesan yang baik semasa dalam proses penggunaan Aura Seri?

Anda akan dapati kesan penggunaan mandian aromaterapi nih, memberi kesan yang amat mengkagumkan. Di sini saya selitkan panduan penggunaannya:

1. Setelah selesai mandi pada waktu Subuh atau pagi, ambil wuduk dahulu setelah anda titiskan 5-7 titisan Aura Seri /Aura Genius. Niat dengan selawat dan selitkan perkara-perkara positif dalam diri, yakin kerana Allah, kemudian jirus dari kepala ke bawah.

2. Pastikan tapak tangan anda lembap atau ada air sedikit, kemudian titiskan Aura Seri, gosok arah lawan jam, hidu aroma Aura Seri tersebut, sertakan niat dan selawat.Supaya cantik berseri, suami tak jemu memandang, tidak dibenci, murah rezeki atau pun sebagai pelindung daripada gangguan.

3. Semasa hendak tidur, buat kaedah yang sama seperti di atas.Niatkan agar tidur nyenyak dan jauhkan dari bisikan Syaitan.

Soal Jawab kemusykilan Aura Seri & Aura Genius

Gangguan Waktu Tidur: Sy merupakan ayah kepada seorg anak perempuan berusia 2 1/2 tahun. Anak saya merupakan kanak2 yg aktif. Namun begitu, anak saya tidak boleh mendengar sebarang bunyi sewaktu tidur kerana dia mudah terkejut, seterusnya menangis. Sy bimbang situasi ni akan menjejaskan kesihatan dan masa depannya. Mohd Zain, Muar

Aura merupakan medan tenaga diluar tubuh yg sentiasa bergetar. Kadangkala aura tidak harmoni akan menyebabkan ianya tidak stabil mengikut persekitaran, cuaca dan sebagainya. Merujuk kepada masalah anak anda, auranya boleh dikatakan tidak harmoni dan terlalu aktif menyebabkan tubuhnya mudah terangsang oleh sesuatu benda atau bunyi. Gunalah Aura Seri pada setiap kali mandi utk mengharomonikan auranya beserta niat yg positif. Aura Genius pula digunakan utk mengembalikan semangat anak anda. Cara pemakaian Aura Genius juga sama dgn Aura Seri. Cuma jarakkan setiap kali pemakaian.

Wednesday, January 26, 2011

Lard in QBB GHEE? Lard= lemak babi nyum nyum ...;-(


Assalamualaikum,

Sebar2 kanlah untuk kebaikan bersama.


2 April 2010

Attention: Ms. Tan Poh Hong

CEO

Agri-Food & Veterinary Authority

5, Maxwell Road

Tower Block, MND Complex

Singapore 069110



Dear Madam



We wish to inform your goodself that for years, our consumer group as many other faithful consumers have been using “QBB” Ghee for various delicacies and religious functions without doubt, with full confidence that the said product is manufactured from the milk of dairy cows by its highly reputable manufacturer based in Queensland , Australia ..



However, lately, we found that although the colour and aroma had now varied much, the taste seemed to be somewhat different. Therefore, we investigated this matter and concluded the following matters:



· Its manufacturer Butter Producers’ Co-operative Federation Ltd (BPCF) addressed as No. 489, Kingsford Smith Drive , Hamilton , Brisbane , Australia had ceased operations in September 2006 and was no longer listed in the website of Australian trade authority being http://www.austrade/ ..gov.au/. In fact the satellite picture as the website http://maps/. google.com shows that the following site is vacant land.



· Printed on the tin is that the said product is manufactured from milkfat of dairy cows of Australia and in even smaller and rather unclear script, it is mentioned that its manufacturer is Q.B.I. Packaging Sdn Bhd, No. 19, Lorong Keluli 1C, Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, 41050 Shah Alam, Selangor DE., Mala ysia and that the said product is manufactured under license from QBB (Pte.) Ltd., Singapore ..



· QBB Pte Ltd.., Singapore was originally the sole agent for “QBB” Ghee for Mala ysia , Singapore and Brunei and it is not clear whether at the time when BPCF ceased operations in 2006, the “QBB” trademark rights were transferred from BPCF to QBB Ptd Ltd., Singapore .. We suspect that Q.B.I. Packaging Sdn Bhd and QBB Ptd Ltd., Singapore are together carrying an act of piracy i.e. producing and selling a product whose legitimate manufacturing and sales rights were not transferred to them by its original manufacturer BPCF who was since wound up.



· The report of an analysis conducted by a reputable food technology laboratory in Australia on the contents of a 2-lb tin of this product, where the said tin was taken from Mala ysia to Australia by one of our group members, mentions the following:-

“This product constitutes of decolorized and deodorized lard (pig fat) in semi-solid state with permitted additives giving the product color, flavor and aroma similar to that of pure ghee color, flavor and aroma.” (Original report is with the sender of this letter).



Therefore, our consumer group had to boycott the use of this product as:-



a) Our muslim members cannot use this product as it is haram by religion

b) Our Hindu and Sikh members cannot use this product for burning of ghee lamps, religious functions or for preparing sweetmeats as places of worship which forbid the use of any animal oil/animal fat.

c) Our vegetarian friends who only consume vegetarian diet cannot consume the said product.



We believe that the “QBB Ghee” sold in Malaysia , Singapore and Brunei ever since BPCF closed down, is a product which is violating the related laws on the principle of “misrepresentation of label”. Therefore we hope that your goodself will take the appropriate action to stop the sale of this product.



Thanking you.

Letter signed by Mohd Kadir bin Mohd Karim (I/C No. 601223-10-6157)

Secretary of Kumpulan Konsumer Satu Malaysia (KKSM)



Note: Copy of this letter and analysis report sent to

YAB Tan Sri Dato’ Seri Abd. Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor DE.

Saturday, January 1, 2011

Bangsa melayu di penghujung 2010

Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat berbini empat,
Tongkat Ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu, bumi bergegar.
Orang Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Melayu mengamuk, jihad sabilillah!!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat!!

Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berekat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.

Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi pakaian.

Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
‘Wa’ad’ Melayu jangan disanggah,
Sanggah wa’ad, mendapat ‘tulah’.

Tanah Melayu pernah berekat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak mendapat tempat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.

Bumi Melayu pernah berekat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah & pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi, itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi (saw), penuh keramat.

Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana sedunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka sungguh indahnya,
Pertukangan, sulaman, tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.

Bangsa Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu enam kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.

Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu sebenarnya berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhnya bertalu-talu,
Sehingga bangsa menjadi terkedu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu, mendapat ‘tulah’.

Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak!

Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya
‘Takkan Melayu hilang didunia’!!