Friday, November 5, 2010

2010 is nearly to end..banyak sangat suka duka yang berlainan dari tahun-tahun sebelumnya...




Assalamualaikum...

Dah lama sgt rasanya layar kalam perjalanan hidupku ini terbiar kosong...bukannya apa, terlalu banyak sangat kisah2 kembara hidup yang terlalu asyik dilalui sampai tak sempat dicoretkan di sini.

Diri sendiri : Hidup semakin menjadi2...dengan rezeki yang semakin di rasai, alhamdulillah...ahli keluarga yang bertambah dan penyakit gatai nak menambah pasangan hidup yang entah knp menyusup ke minda dan hatiku ini..



Isteri : Kebahagian semakin terasa bila kami semakin matang dan menua dalam perjalanan ini. zaza semakin tabah dan sangat-sangat bersabar dengan aku. Saat yang paling aku tak dapat nak lupakan ialah pada suatu hari di pejabat, panggilan handphone dari zaza yg berkata " I sayang sanagt2 kat you dan tak tau kenapa.."..hahahaha..entah la..semoga Allah kukuhkan lagi kasih sayang kami berdua sampai perjalanan duniawi ini berakhir dan kekalkan kami bersama di alam-alam yang lain, amin....




Anak- anak tercinta, yang menjadi penawar duka dan terapi di kala terjumpa aral sepanjang perjalanan ini, Nur Aisya Sophea dan Avva Natheeffa...kamu berdua memang pendorong untuk baba n Mummy bekerja kuat untuk kumpul harta benda, pengalaman dan ibadat dalam kehidupan duniawi ini..semoga jadi anak yang mengenang jasa dan beriman kepada Allah...


Kepada saudara dunia akhirat. ingatlah, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul, kita cuba jaga hati dan perasaan masing-masing dan kita pupukkan lagi semangat kasih sayang sesama kita...


Semoga, kenangan-kenangan tahun 2010 ini akan mampu memberikan kesan dan pengalaman sebagai bekalan untuk meneruskan perjalananku ini. Doa 7 Kota Tauhid ajaran arwah cikgu aku akan sentiasaku amalkan sepanjangg perjalanan duniawi yang semakin terbias dari destinasi...semoga Allah tetapkan hati dan langkah hambamu yang hina, lemah dan kerdil ini..........

Thursday, October 7, 2010

Mengenang 7.7 yang lalu

This was taken on the nite of 7th july 2007..

Wednesday, November 4, 2009

BOMC- Brotherhood Of Malaysian Club, since 2006



26 September 2006-Club History- Sejarah Penubuhan Kelab

Kelab ini dinamakan Brotherhood Of Malaysian. Kelab ini telah ditubuhkan di alam cyber secara rasminya pada 26 September 2006. Pada masa tersebut ahli-ahlinya terdiri dari rakan-rakan yang tidak berpuas hati dengan perjalanan forum Pekida yang banyak menyimpan dan menyeleweng dari perjuangan.Pada awalnya, kelab maya ini menggunakan alamat http://www.brotherhoodclub.tk/. Tapi setelah berlaku beberapa kali kejadian godaman/hacking, forum di dot TK tersebut dibubarkan.Kelab ini seterusnya beroperasi di http://www.brotherhoodclub.cjb.net/ . Buat masa sekarang, forum terbaru adalah di http://www.brotherhoodofmalaysianclub.com/ .

Ramai orang terkeliru dengan forum ini. Ada yang beranggapan forum ini adalah forum Pekida, forum tiga line dan sebagainya. Tidak kurang juga ada pihak yang mengatakan kamuniti ini adalah satu ajaran Freemason dan fahaman sesat sebagainya. Sebenarnya, kami bergerak sebagai satu paduan kelompok-kelompok masyarakat Malaysia, tak kira sama ada dari pertubuhan NGo yang lain, pelajar, profesional dan sebagainya. Matlamat hanya untuk berkenalan, bersaudara dan bergabung untuk membentuk satu ikatan yang dapat menjanakan pemikiran, ekomoni dan bantuan ketika memerlukan.


Beberapa aktiviti telah giat dijalankan oleh ahli-ahli dari serata Malaysia. Antara aktiviti yang paling menfdapat sambutan ialah acara T.T atau Teh Tarik. Dalam acara ini, satu sesi pertemuan di mana-mana lokasi seperti di restoran-restoran atau gerai=gerai makanan yang manjadi pilihan majoriti ahli untuk berkumpul dan berkenal-kenalan. Aktiviti-aktiviti lain adalah seperti majlis makan-makan dan perjumpaan antara zon, majlis perkelahan dan BBQ, aktiviti sukan dan rekreasi seperti perlawanan bowling, badminton, snooker, futsal, karaoke, memancing,meditation reiki dan paintball.



Terdapat juga aktiviti-aktiviti kebajikan seperti lawatan ke rumah anak-anak yatim dan sumbangan kepada badan-badan kebajikan.
Ahli-ahli kelab ini adalah dari seluruh negeri di Malaysia. Untuk kawalan aktiviti dan pergerakan, semua ahli-ahli setiap negeri dibahagikan mengikut zon seperti Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Pantai Timur.


Pada april 2009, kelab ini telah menghantar permohonan untuk didaftarkan sebagai sebuah NGO peringkat kebangsaan, namun, terima kasih atas ROS, pendaftaran masih dalam proses dan saya berharap proses dapat disegerakan untuk kami sama2 memberi menyokong kepada aktiviti2 NGo khususnyake arah perpaduan negara ini. Komuniti ini insyaAllah akan sentiasa disegarkan dan mudah-mudahan berpanjangan ke generasi selepas kami. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.




Pada tahun 2009, sekali lagi permohonan untuk mendaftarkan BOMC sebagai sebuah pertubuhan gagal . Alasan bodoh dari Registry Of Society (ROS) atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPP WKL) ialah maklumat tidak lengkap sedangkan setiausaha BOMC telah pergi bersama-sama saya untuk menyerahkan segala maklumat yang telah lengkap dan ROS telah mengcop dan tandatangan pada surat penyerahan maklumat lengkap yang telah kami sediakan awal-awal lagi. Entah apa masalahnya jabatan kerajaan yang satu ini.

Lalu, BOMC terus bergerak sebagai pertubuhan haram yang terkawal untuk meneruskan perjuangan ke arah kebajikan dan persaudaraan.






salam,
GABUNGAN SATU HATI