Thursday, October 7, 2010

Mengenang 7.7 yang lalu

This was taken on the nite of 7th july 2007..

Wednesday, November 4, 2009

BOMC- Brotherhood Of Malaysian Club, since 2006



26 September 2006-Club History- Sejarah Penubuhan Kelab

Kelab ini dinamakan Brotherhood Of Malaysian. Kelab ini telah ditubuhkan di alam cyber secara rasminya pada 26 September 2006. Pada masa tersebut ahli-ahlinya terdiri dari rakan-rakan yang tidak berpuas hati dengan perjalanan forum Pekida yang banyak menyimpan dan menyeleweng dari perjuangan.Pada awalnya, kelab maya ini menggunakan alamat http://www.brotherhoodclub.tk/. Tapi setelah berlaku beberapa kali kejadian godaman/hacking, forum di dot TK tersebut dibubarkan.Kelab ini seterusnya beroperasi di http://www.brotherhoodclub.cjb.net/ . Buat masa sekarang, forum terbaru adalah di http://www.brotherhoodofmalaysianclub.com/ .

Ramai orang terkeliru dengan forum ini. Ada yang beranggapan forum ini adalah forum Pekida, forum tiga line dan sebagainya. Tidak kurang juga ada pihak yang mengatakan kamuniti ini adalah satu ajaran Freemason dan fahaman sesat sebagainya. Sebenarnya, kami bergerak sebagai satu paduan kelompok-kelompok masyarakat Malaysia, tak kira sama ada dari pertubuhan NGo yang lain, pelajar, profesional dan sebagainya. Matlamat hanya untuk berkenalan, bersaudara dan bergabung untuk membentuk satu ikatan yang dapat menjanakan pemikiran, ekomoni dan bantuan ketika memerlukan.


Beberapa aktiviti telah giat dijalankan oleh ahli-ahli dari serata Malaysia. Antara aktiviti yang paling menfdapat sambutan ialah acara T.T atau Teh Tarik. Dalam acara ini, satu sesi pertemuan di mana-mana lokasi seperti di restoran-restoran atau gerai=gerai makanan yang manjadi pilihan majoriti ahli untuk berkumpul dan berkenal-kenalan. Aktiviti-aktiviti lain adalah seperti majlis makan-makan dan perjumpaan antara zon, majlis perkelahan dan BBQ, aktiviti sukan dan rekreasi seperti perlawanan bowling, badminton, snooker, futsal, karaoke, memancing,meditation reiki dan paintball.



Terdapat juga aktiviti-aktiviti kebajikan seperti lawatan ke rumah anak-anak yatim dan sumbangan kepada badan-badan kebajikan.
Ahli-ahli kelab ini adalah dari seluruh negeri di Malaysia. Untuk kawalan aktiviti dan pergerakan, semua ahli-ahli setiap negeri dibahagikan mengikut zon seperti Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Pantai Timur.


Pada april 2009, kelab ini telah menghantar permohonan untuk didaftarkan sebagai sebuah NGO peringkat kebangsaan, namun, terima kasih atas ROS, pendaftaran masih dalam proses dan saya berharap proses dapat disegerakan untuk kami sama2 memberi menyokong kepada aktiviti2 NGo khususnyake arah perpaduan negara ini. Komuniti ini insyaAllah akan sentiasa disegarkan dan mudah-mudahan berpanjangan ke generasi selepas kami. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.




Pada tahun 2009, sekali lagi permohonan untuk mendaftarkan BOMC sebagai sebuah pertubuhan gagal . Alasan bodoh dari Registry Of Society (ROS) atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPP WKL) ialah maklumat tidak lengkap sedangkan setiausaha BOMC telah pergi bersama-sama saya untuk menyerahkan segala maklumat yang telah lengkap dan ROS telah mengcop dan tandatangan pada surat penyerahan maklumat lengkap yang telah kami sediakan awal-awal lagi. Entah apa masalahnya jabatan kerajaan yang satu ini.

Lalu, BOMC terus bergerak sebagai pertubuhan haram yang terkawal untuk meneruskan perjuangan ke arah kebajikan dan persaudaraan.






salam,
GABUNGAN SATU HATI





Saturday, October 3, 2009

Ramai Orang Sakit Mental/ Mental Disorder Decease


Salam, agak lama aku tinggalkan blog ini. Kesibukan yang perlu dilayan membuatkn aku jarang menulis di sini lagi. Nanum, terselit sedikit kelapangan hari ini dengan keizinan Allah, dapat juga aku mencoret sedikit catatan. Memang ramai yang tidak menyedari dan menyangkal, hampir 70% (satu statistik yang kurang diyakini kerana aku hanya mendengarnya di radio semasa memandu 3,4 bulan yang lalu) penduduk Malaysia menghidapi penyakit mental. Bagi aku ini adalah sesuatu yang tidak mengejutkan. Sedang diri aku sendiri kadang-kadang akan mengalami mental yang kurang sihat...hahahaha. Tapi, ada juga segolongan pesakit mental yang kronik, seperti yang terjadi di kantor aku baru-baru ni. Adalah seorang si polan ini, udahlah kerja yang dilakukannya entah apa-apa, sering saja menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan rakan lain. Sebelum Ramadhan bebaru ini, satu surat laporan tentang salah laku si polan ini telah pun kami kemukakan ke pihak atas, manum, atas dasar persabatan sekerja dan peluang, tiada sebarang tindakan. Laporan yang dihantarkan adalah setelah , beberapa siri mesyuarat berkenaan kelaku beliau. Bayangkan, perlu diadakan meeting khas kerana kelakuan si polan ini. Dasar... setelah itu, manusia sakit mental ini telah mengumumkan kepada rakan sekerja yang lain bahawa dia akan berusaha memecah-belahkan dan melaga-lagakan semua rakan kerja kerana tidak puas hati atas tindakan kami menghantar laporan kelakuannya ke pihak atasan. Udah la muka tu tidak berapa elok, kelaku dan hati tu, dah macam ala iblis lah pulak. Hrmmm...memang dasar. Kes yang terkini, si polan dengan kepakaran kerjanya telah memilih sebut harga adik iparnya untuk membekal barang kepada syarikat, padahal dulu bukan main, nak gunting envelope quotation supplier pun kena buat depan komiti tender ( 2 eksekutif yang lain)....memang dasar......Yang jadi satu tanda tanya besar, si polan ini seperti mempunyai kekebalan untuk sentiasa berkelakuan celaka maharajalela sebegini....adakah...?!@@###$*^&%....dasar....dasar.....Jadi, aku tunggu dan lihat sahaja sama ada staf baru yang menjadi 'staf saya' (seperti yang si polan selalu cakap kepada semua orang.) akan mengantikan tempat si polan yang dsar seorang sakit mental, bodoh sehingga nak menipu pun tidak pandai, lembap dan tidak bermaruah. Dan kepada semua rakan-rakan sekerja yang juga kadang-kadang sakit mental, sama-samalah kita menyihatkan mental kita dengan akal bijak dan hati bersih....Salam...